"Me" Time

Aku Perempuan Suka Kembara

Anak Kesayanganku

My lovely baby, aku bangga walaupun kau cuma si Proton Saga.

Ahaha.. Hari ni, tulis blog guna Bahasa Melayu ya kawan-kawan. First time after sooooo long, sememangnya bahasa itu jiwa bangsa. Dulu time zaman muda mudi (ahaks.. rasa macam dah tua sangat la pula kikiki), masa zaman anonymous lagi, tulis blog pun memang start guna BM. Tapi since datang Melaka, ramai kawan-kawan sekeliling guna English, so slowly penggunaan BM pun makin berkurangan. Alahai perempuan tak sedar diri ini memang mudah lupa. wtf..

But anyway, Penekanan! Bahasa Melayu is always my first language ever since I was born, Manglish kedua, dan English paling last. Sekarang, kita mix kan segala, bagi chance Manglish jadi first okay kan..Bangga weyh jadi Malaysian. Korang faham sudahlah. kan kan. Hehehe

Okay, berbalik pada tajuk asal. Aku perempuan suka kembara. Yupsss, I love travelling. Dulu paling aktif waktu zaman Universiti, tiap-tiap masa cuti, jadi parasit menumpang rumah kawan. Alahai, rumah sendiri tak nak balik. Bukan apa, faham-fahamlah student, duit kocek ada berapa sen saja. Naik kapal bukan murah weyh, RM600 nak pergi balik. Kalau pergi rumah kawan hampir semua free, nama pun kawan, apa sangatlah guna kawan kan kalau bukan enjoy bersama susah senang kan. Hahahaha

Tapi sampai satu tahap, lepas start kerja part time, rasa nak travelling pun mula hilang ke laut. Ya lah, kerja ada kawan, dapat duit, tak payah belanja pula tu. Tapi sekarang bila dah makin tua ni, teringin pula balik zaman remaja. Nak rasa susah senang ke tempat orang, rasa makanan baru, rasa environment baru, tengok pemandangan cantik. Macam lama sangat dah otak berkarat duk fikir pasal kerja dan nak bayar hutang. Life nak kata tak enjoy, tak da la jugak. Makan fancy fancy berlagak macam orang kaya. RM40 perset, cakap harga standard.. Waklu ambik kau, saving satu sen pun tak ada.

Then, lepas balik dari travelling ke bukit Tinggi bulan Februari hari tu.. jeng jeng jeng. Macam magik, rasa nak travel tu datang kembali. Time tu mulalah berhenti enjoy fancy food life. Baru terasa, alahai rupanya selama ni duit gaji semua keluar untuk makanan. Patutlah asyik pokai hujung bulan. Bila dah start berjimat tu, rasa nak makan RM5 sehari pun rasa macam tak berbaloi. Jauhnya la beza dengan 4 bulan yang lepas. So sekarang, bajet makan dah berkurangan. Tapi malangnya habit nurani perempuan yang suka beli barangan tak tentu pasal tu masih tak boleh nak control.

Sekarang bila dah angin nak berjalan tu mula datang kembali, apa lagi. terasa bagai ini semua konspirasi. Semua benda nak guna duit. Kalaulah kan…. kalaulah.. ada orang sponsor kita pergi berjalan kan best!! Rasa macam nak start travel blog la pula. kihkih. bolehlah kan.. Ni idea yang sangat bernas ni. Ke camne geng?

2 Comments

  1. Johari Hamzah

    Hi.. :)
    rm40 per set?? dua hari boleh kenyang tu ann.. hehe.. 😉

    Travel blog?? nak join gak travel tu…

    • anastasiaann

      Tu la pasal. Dulu tak fikir langsung, main sumbat jer. hahaha

      Well, jomlah. But I prefer solo travelling ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge