blog

Back in the Game. Hello world..

 

Lost in Namsan

Dua Malaysian yang sesat mencari jalan ke Namsan.

Dulu zaman mula-mula start blogging, semangat gila berkobar-kobar untuk berblog. Setiap masa setiap ketika, asyik teringat kat blog. Malam-malam after kerja, blogwalking la kerjanya. Then time tu, back in 2010 ada komuniti blogger yang best, Gengblogger. Kenal most blogger yang rapat pun dari sana. Top blogger sekarang pun memang ramai yang hang out kat sana. Tapi bila dah private life yang bukan online terganggu akibat dari post kat dalam blog, rasa macam OMG, seriiiiiously? Are you kidding me, I am not even an artist for you to bother my private life. So, semangat tu pun merudum. Lagi tambah pula dengan kontroversi-kontroversi blogger perang komen dalam posts.. hurm.. Mood berblog pun lenyap. Sekarang, tinggal berapa kerat jer yang kekal. dan yang kekal itulah yang jadi otai dunia blogging. Respek sangat dengan disiplin dorang.

Blog baru datang dan pergi setiap hari. Yang berdisiplin untuk teruskan semangat berblog juga yang akan terus mendominasi dunia ini dan akhirnya berjaya. Buat duit dengan blog, semua blogger mahu rasanya. Tapi bukan semua yang sempat merasanya. Dulu takdelah banyak sangat income, tapi ada jugaklah sikit income masuk. Pasif. Baru-baru ni, blogspot yang dah lama tak sentuh pula kirim duit. Alaa tak banyak pun, 100USD jer. Tapi.. blog tu seriously tak sentuh pun dalam 2 tahun ni.. Okaylah kot, duit tu leh buat renew blog wordpress yang ni pula untuk 3 tahun akan datang. Syukur.

Sekarang, dah lama tak kerja ofis, duduk rumah tolong jaga anak saudara sambil-sambil jaga kedai mama dah nak dekat setahun ni, baru ada rasa hati nak start balik berblog dengan aktif. Niat sebenarnya dah lama pasang, tapi actionnya lagi tak. Takut juga pisang berbuah dua kali. Cuma bila chatting dengan kawan-kawan baik, dorang tolong tiupkan semangat. Sokongan padu untuk teruskan perjuangan, cewahhh, perjuangan berblog gitu. Lagi pula bila dah bercadang nak tinggalkan comfort zone kat umah ni untuk teroka dunia luar, sesuai sangatlah nak jadikan alasan untuk berblog semula.

Blog lama, theme lama, tapi semangat baru akan guna bahasa jiwa bangsa. Bahasa ROJAK kita Malaysian, campur aduk Bahasa Melayu dan English. Dari segi grammarnya, semua pun main hentam keromo. Asal sendiri faham, ye tidak? Hehehe

Oh, btw tak perlu kot sebenarnya alasan semua tu. Saja nak senangkan hati. ^.^

Anyway, welcome back anastasiaann!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge