Kuala Lumpur Yang Membencikan.

29 October, 2010 | ~ Ann ~ | 12 Comments

Kuala Lumpur, Random Google Pic



Lama aku berfikir, napelah once upon a time ago aku time aku kerja part time dengan HSBC dan ditawarkan untuk menyambung kerja ku yang senang itu kepada full time bodoh-bodoh jer aku tolak tanpa fikir panjang. Sebaliknya aku balik kampung dan makan gaji dengan gaji yang tak selayaknya dan kerja yang bertimbun.

Bila balik dari Bukit Bintang tadi, baru aku ingat kembali. Suasana kat Star tu yang bersesak-sesak, dan trafik jam yang tak habis-habis tu rupanya. Suasana yang jarang aku temui di Sabah melainkan keluar lewat sangat dan hujan ada eksiden di depan. Dalam LRT yang berhimpit-himpit dan bau yang bermacam-macam, itu yang buat aku benci untuk bekerja di Kuala Lumpur ni dulu.  Aku benci pergi kerja kena berhambat nak masuk LRT macam kejar harta karun. Aku benci balik kerja penat-penat kena berbaris panjang lagi nak masuk LRT. Kerja kul 9 am, kena turun 7 am. Pun masih sesak begitu lagi. Sampai Office berpeluh macam tak mandi jer. Balik kul 6 pm, sampai umah kul 8pm. Menyampah!! Bawa kereta? Mampus aku ditengah jalan. Dahla aku jenis tak sabar.

Duit duit duit... Arggggggggggh STRESS! RGP

Selain tu, walaupun dapat gaji yang agak tinggi pun, kos hidup yang terlalu tinggi, ditambah dengan kerajinanku berjalan di shopping mall dan kemalasanku untuk memasak selalu buat aku mengira duit masuk sekali keluar berkali-kali. Nak g mana mana perlu duit, walau niat nak berjalan-jalan tanpa membeli apa-apa pun akhirnya keluar duit juga.  Dalam satu jalan tu, naik star naik lrt, belanja yang kecik kecik, tak nampak pun duit keluar macam air. Tau tau poket da kosong. Auwww stress. Tunggulah gaji 26 hb, lambat sikit keluar, mulalah sakit kepala fikir mana nak korek duit ni. Langsung tak dapat simpan duit pun.

Memang tak dinafikan, KL ada banyak peluang. Nak kerja dengan company multinasional  ada disini, nak jalan-jalan enjoy makan angin cam kat luar negara setiap kali time cuti, berlambak tempat nak g. Ouh nak g utara, nak g selatan, nak g barat, nak g mana-mana lah pun senang jer asal ada duit ada kereta ada masa. Tak payah nak booking tiket awal-awal. Nak buat plan cuti mengejut pun boleh. Nak shopping sampai muntah, nak join event sampai pengsan, nak apa, katakan aja. Semua boleh. Tak perlu kaya raya nak dapat buat semua tu.

Kota Kinabalu Sabah yang indah, *RGP

Tapi in the end, betapa baikkkkkkknya pun Kuala Lumpur ini masih buat sangat rindu pada negeri tercinta. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik lagi negeri sendiri kan. Baru berapa minggu di Semenanjung ni dah terasa nak balik plak. Haha. Tolong sekeh. Kalau aku cakap ngan mama, mesti kena bebel 50 mukasurat ni. Mengadu ngan korang aje lah. Bongok tak aku? :(

Related Posts with Thumbnails
12 Comments
  1. Johari Hamzah says:

    haha.. ann…
    jalan2 x ajak ek.. :)

    xde idea la ann nak update.. aq tak jaln2 cam ko.. pavi la.. lowyat la.. =p
    Johari Hamzah gosip gosip..Budaya CoupleMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ann Reply:

    @Johari Hamzah,
    Haha. Td orang ajak tak nak g!

    [Reply]

    Johari Hamzah Reply:

    @ann,
    bila lak ko ajak??? xde pown…
    Johari Hamzah gosip gosip..Budaya CoupleMy ComLuv Profile

    [Reply]

  2. cik dara says:

    kalau kat sarawak ni,nk pergi satu daerah ke satu daerah,mcm nk pg satu negeri jer..jauh sgt..tmbg mahal lagi..tp tmpt tanah tumpah jugak yg bes w/pun susah mcm tu..

    lamer xpg sabah lagi..rindu kt mamat buat air kt kedai makan dulu..hahahaha {komen ker ape ni}

    [Reply]

    ann Reply:

    @cik dara, haha, tu la pasal.. Sbh n swak lebih kurang jer. Jalan dia, huwaaa kalah ular sawa.kalaulah blh potong bukit 2.

    [Reply]

    Johari Hamzah Reply:

    @ann,

    asl tak buat highway tinggi2??
    Johari Hamzah gosip gosip..Budaya CoupleMy ComLuv Profile

    [Reply]

  3. Syafrizal says:

    masa saya kerja KL dulu memang kene bersesak kat LRT sampai pencopet saku pun raba bontot saya untuk curi wallet.. nasib saya letak kat depan …
    Syafrizal gosip gosip..Radix Isotonic Plus – Pemberi tenaga dan kecergasan badanMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    pergggghhhhh kena raba tu. haha. gila bahaya woo

    [Reply]

  4. tehr says:

    dari dulu sampai sekarang aku tak suka kl ni
    tapi terpaksa juga pergi, kurang2 sekali setahun
    aku selalu sesat je bila memandu
    SANGAT2LAH GERAM
    tehr gosip gosip..Keagungan Tuhan Merapi Meletus LagiMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    serius geram. especially kalau time g keja and balik keja.

    [Reply]

  5. Jue.Stan says:

    sgt sgt agree
    tp nak wat camne
    kalau bkn krn gajinye yg mahal
    dah lama kuar dr kota yg bz nie =)
    Jue.Stan gosip gosip..My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. Ayie says:

    Ada apa dengan kota besar itu iaitu Kuala Lumpur? Mengapa ramai orang mengagung-agungkan kota tersebut?

    Setiap tempat mempunyai kelebihannya tersendiri. Suka ataupun tidak itu adalah hak milik kita sendiri untuk menilainya. Hehehehe
    Ayie gosip gosip..Gadis tayang lurah dadaMy ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site