Sejak terbuka hati nak faham lebih lanjut tentang penjagaan kesihatan diri, hari ini buat pertama kalinya saya ikut serta dalam Health & Wellness Talk (H&W Shaklee). Program H&W Talk ini dianjurkan di Branch Shaklee Kota Kinabalu secara PERCUMA pada setiap bulan dengan topik pengisian yang berbeza. Bagi bulan ini, bulan November seperti biasa adalah Bulan Kesedaran Kencing Manis, maka topik yang diketengahkan sudah tentulah segala tentang Kencing Manis atau dalam bahasa saintifiknya Diabetes.
Menurut trainer saya tadi, next H&W talk akan dianjurkan pada tengah bulan Disember. Jadi rajin-rajinkanlah bertanya dengan leader korang dan cuba luangkan lah sedikit masa anda untuk masuk kelas FREE untuk dapat ilmu yang tidak ternilai harganya.
Tarikh : 15.12.2015 (akan diconfirmkan)
Tempat : Shaklee Branch KK
Masa : 7.30 – 9.00 pm
Topik : TBA
Sebelum join Talk ni, saya jangkakan yang akan ada ramai orang dalam kelas. Mix feeling ni, rasa segan dan takut tapi itu biasalah, 1st time namanya kan. Datang pula sorang-sorang. Nervous.
Tapi bila sampai sana, Branch lenggang. Tiada orang awam atau distributor, yang adapun hanyalah few staffs and trainer sorang. Maka bertegur sapa la kejap, inform yang saya ni first time join kelas, tanya ramai ka selalu yang datang dan…..macam macam lagi. Very friendly.
Start agak lewat dlm 7.40pm sebab nak tunggu orang lain kot2 ada la. Since sorang jer, trainer decide buat table talk jer. Tapi baru jer feeling-feeling happy nak rasa table talk, suddenly datang beberapa orang ahli yang lain. Maka cancel lah table talk itu dan terpaksalah kami share baca2 kat slide slide. Hehehehe
Ok next ni part sangat penting. CONTENT.
Sepanjang sejam lebih kelas tu, apa yang kita dapat?
Kami diberi pendedahan yang sangat details tentang:
1. Apa itu diabetes?
2. Jenis-jenis Diabetes.
3. Kenapa/Bagaimana ia terjadi?
4. Simptom awal diabetes
5. Apa kesan diabetes dalam hidup kita.
6. Bagaimana nak elak atau kawal dari awal sampailah part kalau kita dah kena diabetes.
7. Apa produk-produk yang boleh kita suggest untuk customer. Okayy… Ini adalah part yang sangat berguna!
8. Sesi Soal Jawab tentang apa saja sepanjang kelas. Yang ada kaitan dan tiada kaitan dengan diabetes pun boleh.
9. Promosi-promosi hangat bulan ni.
Dan yang paling awesome!!!
10. Experience itu sendiri😆.
Seriously tak sama kot baca sendiri dengan tanya trainer yang pakar. Senang nak faham dan sangat details. Taklah confuse apa nak consult customer in the future.
Tak rasa pun sejam lebih berlalu. Rasa nak tahu banyak lagi. Kalau boleh sambung sampai pagi. Hahaha
Bagus talk ni untuk newbies macam saya. Bagus juga untuk para senior kalau rasa nak refresh balik ilmu di dada.
Opss tulis panjang sebenarnya nak share notes. Nanti saya buat blog post lain yerrr. Kalau nak tau lagi details, bolehlah attend kelas-kelas berdekatan korang. Manalah tau saya ni tak berapa pandai nak terangkan.
Wah.. First entri setelah sekian lama mendiamkan diri. Korang memang best kalau baca sampai part ni.