Kerjaya Pilihan..

22 October, 2010 | ~ Ann ~ | 8 Comments

Hidup menganggur ini memberi masa rehat untuk aku yang tak berapa sihat dulu, kini dah ok dah.. dan memberi peluang untuk aku berfikir apa kerjaya yang benar-benar aku inginkan. Masih teringat lagi waktu zaman U dulu, selalu jer ada assignment untuk kaji pasal pengangguran ni, bagi kategori aku sekarang ni, aku kira ia adalah contoh terbaik bagi pengangguran sementara ataupun pengangguran sukarela.

Aku sendiri memilih untuk berhenti dari kerjaya yang kiranya agak stabil dalam hidup ini, oklah untuk meneruskan hidup ke fasa seterusnya which is mencari teman lelaki, bertunang, berkahwin dan beranak pinak. Haha. Sebabnya, aku merasakan hidup dengan kerjaya itu sudah tiada cabaran lagi, semuanya aku tahu, dan semua keputusan bergantung pada aku, tapi statik pada satu tahap yang sama dengan kadar bebanan kerja yang semakin bertimbun timbun tapi gaji minimum yang tak selayaknya mengikut kelayakan aku yang tak naik naik. Ada aku pernah komplen? Tak kot, ikut style aku terus berhenti jer la. haha :)

Aku tak memilih kerja, serius.. sebab aku sangat suka bekerja. Dan aku sangat cepat belajar. Kerja yang stress pada aku sentiasa ada jalan penyelesaiannya, kerja yang ada cabaran dan peluang untuk maju memberi sebab untuk aku bangun merajinkan diriku ke tempat kerja setiap hari. Ya, gaji yang setimpal tentunya bagi satu kelebihan kerana setiap kita yang berkerja pastinya inginkan gaji, ingin penghargaan dari segi kenaikan gaji, bonus, komisen ataupun sekadar tambahan dari segi entertainment. Bukankah begitu?

Aku ntah kenapa dari dulu tak berapa nak suka kerja yang sangat stabil, ia buat aku cepat rasa bosan dan malas untuk mencabar diri. Tapi adakala mencabar diri itu juga menakutkan aku sendiri kerana bila tiba masanya cabaran itu datang, pemikiran yang negatif ada saja menganggu. Complicated huh?! Yups thats so me.

Pergi interview is always my biggest nervous time, rasa menggeletar di kaki, rasa berkeroncong di perut. Tapi aku sentiasa positifkan diri, ahh tak dapat yang ni, yang tu ada lagi. For me, there’s always another chance, and yes we always deserve that chances. So whenever it comes to asking me question, I’ll always give my honest answer, sometimes too innocent too naive yet too stupid for someone with degree in hand.

And all my life, I have been doing various kind of work. Considering the two main thing – salary, and challenge. Katakan dimana, operator kilang aku dah pernah kerja, crew fast food dah pernah, insurans dah, bank dah, latest kedai hanphone pun dah. Tapi sampai bila asyik duduk ditampuk bawahan? Aku ingin jadi eksekutif, jadi manager, tak ingin jadi kuli lagi buat selamanya.

Itu pilihan aku kali ini. Bukan memilih kerjaya sebenarnya tapi hanya ingin berubah, hanya ingin maju. May God Bless Me.

Related Posts with Thumbnails
8 Comments
  1. cik dara says:

    rezeki ada dimana2,mungkin belom masa nya dia dtg ann, tp dia msti akan dtg.. cewah ayat..

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    kena cepat sebelum terlambat.. haha

    [Reply]

  2. Syafrizal Abu Mansor says:

    Rezeki ada di mana2 dan Allah yang menentukan. Buat masa ini mungkin belum masanya lagi. Cuma skrg pun boleh buat bisnes kecil-kecilan.
    Syafrizal Abu Mansor gosip gosip..Pemilihan sesuatu topik – Bahagian 2My ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    bisnes? hurmm

    [Reply]

  3. Johari Hamzah says:

    keep it up… :)
    chaiyok2… :)
    Johari Hamzah gosip gosip..Contest Domain Free Lagi!!My ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    arigatoooooo!

    [Reply]

  4. tehr says:

    sedia hadapi cabaran, ann
    tehr gosip gosip..Perempuan Tak Suka LelakiMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    betul betul.. chayok!

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site