Anastasia Ann

I ♥♥ Blogging! This is My Ideal-Plastic World.

Soalan 1: Uhhhh, popularnya dia!

Pernahkah terlintas difikiran anda, kenapa ada satu blogger yang sangat glamour, kenapa ada blogger yang cukup dikenali dan kenapa ada blogger yang langsung tak diketahui kewujudannya di dunia ini?? Itu soalan pertama aku. Kenapa boleh wujud fenomena yang sebegini??

Dari penilaian aku, berdasarkan kepada tiga blogger Melayu(nama dirahsiakan) yang agak aku minati (mungkin sebab kepopularan mereka ha ha :) ), aku berjaya kenalpasti beberapa sebab yang membantu meningkatkan kepopularan mereka.

1. Blog yang cantik

- First impression is the utmost important kan. Maka bila tengok blog mereka yang cantik, kita as viewer secara automatiknya akan ter”suka” pada blog itu. Ya,  perumpamaannya sama seperti berkunjung ke rumah orang. Bila kita tengok rumah orang tu cantik dan ada “wow” faktor, dengan sendirinya kita akan merasa kagum dan mungkin tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mempunyai blog yang sebegitu cantik sedangkan blog kita hancus. Mungkin mereka ada rahsia, jadi kita pun jadilah pengintai sejati. Harap-harap dia sudi kongsikan tips design ke art ke. Ye la, blog tu cantik kan.

2. Bloggersnya yang cantik.

- Hah, ini memang satu lagi daya tarikan yang hebat. Kalau andaperhatikan, banyak bloggers yang kebanyakannya wanita yang CANTIK akan lebih mendapat sambutan bak pisang goreng panas berbanding yang agak TAK CANTIK :) . Tapi apa salahnya kan. Kalau anda Cantik, kenapa tidak gunakan itu sebagai bonus. Tapi kalau muka anda kurang umphnya, baik anda cermin diri dulu. Jangan buat viewers anda seram sejuk dan sumpah tak nak cuba buka buka pun link anda. ha ha

3. Gaya penulisan yang hebat

- Ada bloggers yang mempunyai gaya tulisan yang “wow”, sekali baca nak baca berkali-kali. Ya, memang ada. Sebenarnya agak ramai. Kita suka penulisan mereka yang sempoi dan selamba, tapi dapat menyampaikan maklumat yang berkesan. Ada juga yang mampu utarakan satu isi dengan hanya beberapa perkataan.  Sebagai bloggers dan sudah tentu manusia biasa, kita punya naluri cemburu dan ingin tahu yang tidak dapat disangkal lagi. Kita juga mudah kagum. Bloggers yang hebat begini, takkan kita tak nak kenal dan ikuti perkembangannya kan?

4. Kandungan entri yang berguna

- Ini satu jenis blog yang orang seperti aku suka cari. Mereka yang memang buka blog untuk menulis tips atau yang saja-saja suka berkongsi. Tips-tips yang kita memang terhegeh hegeh nak tau, semakin hebat tips yang hebat, maka semakin popularlah dia. Yes, itu kenyataan kan. Ramai orang yang dahaga ilmu seperti aku ni, baik blogger mahupun bukan blogger. Asal dia kenal komputer dan internet tu apa, gerenti blog tips ni jadi perhatian ramai.

5. Blogger yang peramah
- Blogger yang rajin blogwalk, mengkomen blog orang lain biasanya akan mendapat perhatian blogger lain. Ini satu cara promosi diri dan blog yang paling berkesan. Semakin ramah anda di blog orang lain, semakin mudah anda dikenali.  Dan hey, cara ni paling bagus gunakan di blog yang famous. Ya, bila anda mendapat perhatian blogger itu, untung-untung dia akan linkkan blog anda dalam blog dia. ha ha. Tapi sebolehnya jangan la anda jadi kipas susah mati sampai semua yang dia cakap tu betul. Pandangan ni 100% salah, sebabnya adakala perbezaan pendapat akan buatkan orang lebih tertarik untuk mengetahui siapa anda. Jangan juga jadi kera sumbang please k.
6. Rajin promosi.
-Disana anda nampak banner blog itu, disini anda nampak link blog itu. Uhhh dia memang popular. Samada cara berbayar, percuma atau suka rela dipromosikan, sah sah memang blog tu akan naik. Ini maknanya, blogger tu da ada harapan untuk popular dalam jangka masa panjang. Tanpa promosi, baik anda tutup jer blog tu. Privatekan untuk baca sendiri. Haha. Jangan harap pembaca jatuh berguguran dari langit yer, tak mungkin! Viewer anda mungkin ramai, tapi bagaimana pula dengan reader anda?
7. Semua di atas dan banyak lagi.
Sebenarnya ada banyak lagi kalau nak tulis disini sampai tahun depan tak siap. Kombinasi semua ciri diatas cukup untuk buatkan blog itu cukup dikenali. Yang penting, kita jadi diri kita sudahlah kan. Tak payah hipokrit.  Dan ya, ini pandangan peribadi aku. Apa pula kata anda?? Jom komen dan berkongsi disini. :)
P/S: Maaf entri tak bergambar, siapkan entri ni waktu masa bekerja, aku memang nak kena macam ni. Ha ha. Tak sempat pun edit.
Related Posts with Thumbnails

Post Metadata

Date
August 11th, 2010

Author
Prof Alvy

6 to “Soalan 1: Uhhhh, popularnya dia!”


  1. miss lolly says:

    l0lly dalam kategori mano ?

    teeeet. xda kategori.
    miss lolly gosip gosip..pengalaman TRAGIS ketika berpuasaMy ComLuv Profile

  2. tehr says:

    kalau blogwalking, dah tentu la tak berapa nak baca apa yang ditulis dalam blog
    tapi kalau letak komen, sudah tentu tulisan blogger tu dibaca [banyak atau sedikit]
    macam saya yang letak komen ni… hehehe
    tehr gosip gosip..Hati Yang SakitMy ComLuv Profile

  3. Apis says:

    hhuhuhu..betol3…jom3 kite rajin2 blogwalking.auuuu~

  4. A-Y-I-E says:

    wahhahaha… terbaik betul..
    A-Y-I-E gosip gosip..Forum Gengblogger semakin membosankanMy ComLuv Profile

  5. hanisaleeya says:

    pernahkah terlintas di hati..
    selama ini ku selindung diri
    sebalik irama kasih
    alunan naluriku…
    hanisaleeya gosip gosip..Perihal Cinta Ep 14My ComLuv Profile

  6. aiz says:

    betui3.. aiz setuju.. ^__^
    aiz gosip gosip..Jom tengok video aiz beatbox Music Gune mulutMy ComLuv Profile



Leave a Reply

CommentLuv Enabled



Switch to our mobile site