Apa nak jadi Malaysia kita??

Lately, aku selalu nampak kes Salleh Gregor Samsa tu. Tapi serius, aku tak tau pun apa jalan ceritanya. Baru hari ni nampak kat blog Cikgu Dahlia kita tu pasal ni. Tapiii.. try enlarge gambar, tak nampak sangat apa yang dia tulis tu. Cuma nampak status pertama dia jer. Yang komen tu tak nampak, aku tak cukup sifat jadi mak bedah ni. Huhu.

Ada juga kes budak bertudung tu, aku sebagai BUKAN ISLAM mungkin tak layak nak kritik sebab aku bukan perfect pun, tapi sekarang ni banyak kes macam ni berlaku. Berlainan agama, berlainan bangsa saling  berlawanan, sesama agama, sesama bangsa saling pijak memijak. Apa tanggapan orang luar bila tengok perihal isu semasa dalaman negara kita sebegini rupanya? Kemana perginya perpaduan yang gah diwar-warkan seantero dunia suatu masa dulu?

Adakah kita semakin menghampiri zaman kegelapan? Adakah kita semakin menghampiri Kiamat itu? Tepuk dada tanya diri.  Jangan salahkan AGAMA, jangan salahkan BANGSA, ORANG itu masalah utamanya. Apa guna pendidikan agama, pendidikan moral disekolah tu? Tapi sekarang ni, zaman mungkin da terlalu moden. Macam macam ada, harapkan pagar, pagar makan padi jugak.

Hoh baru-baru ni kisah Siti Ihnsan keluarkan statement berbaur perkauman tu, alahaii cikgu zaman sekarang pun nak glamer satu Malaysia jugak. Ada ada jer kontroversi nak buat. Tak puas sebarkan Video budak kurang ajar pukul cikgu, guru besar yang sorang ni pun cukup besar da suka hati nak halau orang, cakap orang ni hina sangat sampai taraf anjing. Cikgu sendiri sebenarnya pun kena belajar pendidikan moral peringkat tertinggi ni sebelum ajar murid jadi baik.

P/S: Aku tak sokong sepenuhnya cara  Namewee ni, tapi aku setuju sangat sangat setuju, FUCK RACISM Coz RACISM SUCK!!

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Comments to “Apa nak jadi Malaysia kita??”

  1. tehr says:

    aku setuju dengan kamu ann
    ada sebahagian cikgu telah lupa bahawa dia sebenarnya cikgu
    tehr gosip gosip..Pantun Berkait Zakat FitrahMy ComLuv Profile

  2. Babyblogger says:

    zaman mahathir dulu x de bising sgt benda2 camni..
    Babyblogger gosip gosip..I Win 1 month forex signal worth USD3995My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Cell Phone Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Internet Bank and Conveyancing