Hidup seorang blogger?? Good Luck semua!

23 August, 2010 | ~ Ann ~ | 5 Comments

Euwwww aku nampak entri ni merata-rata. Sibuk sambut befday hari ni, aku pun terlupa hidupku sebagai seorang blogger. Agagagaga. Eh eh eh, tu contest dari Denaihati yang murah hati upanya. Lately korang pun tau kan yang aku suka join kontest jugak, well baru nak rasa feel hidup serba online ni. haha. Tapi tapi tapi, aku tau beb. Aku tak layak pun. mihahahaaa. Contest SEO ni kena ada PR dulu. Kebenda PR tu, aku pun kurang faham lagi. Agak2nya rank blog kat google search tu kot.

Aku check aku punya masih 0. wakakakak, lawak la ko Ann, ada hati nak buat entri jugak kan. Maybe next time jer la yer. Jangan mimpi. haha. Tapi its okay, aku nak tulis gak cerita hidup aku seorang blogger. Saja saja just for Fun. Boleh tak??

Hidup aku sebagai seorang blogger bermula tahun ni jugak, 02022010. Banyak 2 tu, my lucky number 2208. haha. Sejak start kenal blog ni, ada banyak perkara baik yang mula terjadi dalam hidup aku. Satu kepuasan, satu kelebihan. Paling best antara yang best, aku rasa jadi someone. Aku ada ramai kawan. Aku ada orang yang dengar aku, aku ada orang yang dekat dihati walaupun tak pernah jumpa.

Hari ini sebagai contohnya, 2208, hari kelahiran aku, hari gembira aku, penuh wall facebook blogger aku dengan wish dari korang. Semuanya mendoakan kebahagiaan aku. Terima kasih tak terhingga. Tersenyum senyum aku sampai malam. Kalaulah aku pakai botox, mesti da kedut seribu, terpaksa kena cucuk cucuk banyak kali lagi biar kulitku tegang semula. haha

Blogging sememangnya buat aku rasa hidup, aku bebas luahkan apa yang terpendam, apa yang tersirat dalam hati. Kalau tak kenal blog, sampai bila-bila aku akan jadi Ann yang itu. Mungkin tiada Ann ini dalam dunia ini. Ann yang yakin dan gembira, Ann yang berani. Mungkin otak yang tak berapa betul ni da berubah sikit kot, sebab sejak kenal blog, ada banyak perkara yang aku da tak ambik remeh lagi. Soo many things.

Benarlah kata blogger blogger otai yang join contest tu. Blogging ni perlu kesabaran. Kadang-kadang, kita takde idea nak tulis apa. Kadang-kadang kita ada terlalu banyak idea nak tulis. Bukan senang nak jadi senang. Trafik yang beribu-ribu tu bukan jatuh dari langit. Semuanya bermula dari kesabaran diri jugak. Aku perasan, banyak blogger hebat ni da bertahun-tahun berblog. Ramai yang sentiasa baik hati kongsi pengalaman dan tips tips berguna. Respek dunia blogging Malaysia, yang berbahasa Melayu khasnya. Dekat dihati.

Tapi satu jer yang agak kurang senang dihati ku. Since aku dari mula memang syok masuk dunia Melayu ni, aku rasa ada masanya aku terlalu jaga bahasa aku. Memanglah aku tak suka benda mencarut-mencarut ni, tapi kan bila menulis, kadang bila da geram sangat ada gak rasa nak sebut sial, cilaka, bodoh, bangang camtu.. tapi then bila nak publish tu, euwwwww rasa macam tak sesuai lak. so padam padam balik. Memang menda tu tak salah pun kan, tapi think about long term. One day, kita sudenly teringin nak baca entri lama, mesti ada rasa malu sebab tulis camni. Tak sesuai tak sesuai kan.

Oklah, apa apa pun. Aku sebenarnya nak ucap selamat berjaya pada semua peserta. Good luck! Kalau menang, sudi sudi lah blanja. haha. Dan selamat berkenalan!! Nanti nak merantau lawat semua blog korang. Teman-teman denaihati yang ucap befday tu, thankssssssssssssss a lot again!

P/s. tetiba rasa cam kaki kipas plak. mihahahaa :)

Related Posts with Thumbnails
5 Comments
  1. tehr says:

    kamu pr 0 tak layak ann

    hahaha

    sama je ngan saya, pr 0 jugak

    hahaha

    TAK LAYAK JUGAK!!
    tehr gosip gosip..Apabila Jejari Mula MenariMy ComLuv Profile

    [Reply]

  2. ray ban says:

    sama la aku juga x layak inagt nak join juga
    ray ban gosip gosip..Rayban Olympic wayfarerMy ComLuv Profile

    [Reply]

  3. hanisaleeya says:

    eh.. ehh.. baru perasan.. bannerku ada di situ.. ahaha..

    thanks, adikk.. muah2.. huhu..
    hanisaleeya gosip gosip..Perihal Cinta Ep 27 Karya Prof Dr HAMKA Haji Abdul Malik Karim AmrullahMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    mesti wajib ada. :) muaaaaaaaaaaaaaaah!

    [Reply]

  4. Hidup Seorang Blogger says:

    tak pe.. boleh join contest lain kali…
    Hidup Seorang Blogger gosip gosip..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti OnlineMy ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site