Jika Semalam Hanya Mimpi

9 November, 2010 | ~ Ann ~ | 2 Comments

Saat yang berlalu hanya waktu dalam masa
Pantas coret kisah tak tertulis jadi karya
Suara tempik kuat minta dengarkan wahai saudara
Sadarkan seketika lihat rasa dunia nyata

Pada rebah bahana yang dijanji sang buana
Melihat dia kias rembulan terang bercahaya
Kalau kata terbit jadi sandaran suatu rasa
Tersenyum lalu peluk bintang tiada daya

Dia yang tahu akan marah itu manja
Dia yang mahu akan tegur bersahaja
Dia yang suka pada diam seribu kata
Dia yang lihat syurga pada diri tiada apa

Bahagia yang menguntum bersama pekat gelap dunia
Yang mendabik dalam dada tiada asing tiada dusta
Ikhlas gabung rasa hanya mata tentang mata
Biar sepi alam berbicara cerita indah satu berdua

Pasti ada goyah juga resah menjelang pagi
Andai esok lusa akan datang sudah tiada
Derita yang sengsara dalam tenang dihembus mimpi
Melihat pergi dia bagai hilang separuh nyawa

Related Posts with Thumbnails
2 Comments
  1. hanisaleeya says:

    aku masih mahu terus di sini walau dirimu tidak ada
    hanisaleeya gosip gosip..RinduMy ComLuv Profile

    [Reply]

  2. tehr says:

    yang pergi itu, ucapkan selamat jalan
    yang masih ada, ucapkan selamat berbahagia
    yang akan menjelang, ucapkan selamat datang

    senyum sokmo, ann
    tehr gosip gosip..Keramat Cinta Luar NegeriMy ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site