Skim Cepat Kaya – Kerana kita suka yang Mudah!

7 November, 2010 | ~ Ann ~ | 8 Comments

Skim cepat kaya, bukan lagi isu baru kan.. Gara-gara nak kaya cepat, tergadai segala-gala. Then apa lagi, pinjamlah kat along yang bukan nak tolong tapi nak potong tu.. Huhu.

Cepat kaya, random google pic

Baru-baru kecoh hal gelang AC Mizal yang ntah apa-apa tu, semua yang terlibat bukan main sentap lagi. Eh eh, dah jadi jutawan kot semua yang kipas kipas tu. Modal RM10k bukan sikit wok, boleh buat kenduri besar jamu satu kampung tu. Skim piramid ke, MLM ke, cepat kaya ker, semua tu sama jer sebenarnya. Orang atas boleh cakap untunglah, orang bawah gosok punggung. huhu. Kesiaaaaan.

Dulu aku rajin gak join MLM ni. Tapi asyik keluar duit jer, masuknya tak.. Hasil? Mimpi basahlah korang. Hangus hangus, masaaaaaaaaak! Nasib baik belum sampai tahap tergadai segala-gala. Free free jer derma duit kat bos besar. Tapi apa boleh buat, ambik pengajaran, aku pun taubat da, tak nak join dah mana-mana MLM dan skim skim semua ni.

Pada aku, skim penipuan camni cepat berkembang, sebab kita sangat suka benda mudah. Susah sikit tak nak, mulalah nak mudah give up. Hah, mudah jugak! Nak kaya sangat, ambik jalan singkat, tak kaya-kaya jugak. Upline huh hah huh hah kecoh satu dunia dapat 1juta lah, 2 juta la, apalagi mulalah kita berpinar-pinar nak jugak. Bersinar mata nampak rumah besar kereta besar bini besar.. oppsss. dan start fikir eh dorang boleh kenapa kita tak boleh? Amboi positifnyeeeeeeeer. Kita dapat juta jugak, hutang berjuta-juta. Kayap woo kayaaaaaap.

Huhu kena tipu.. random google pic

Sudah-sudahla.. Jangan terhegeh hegeh nak cepat kaya. Kan baik guna duit tu untuk invest pada cara yang yang betul. Rasa kalau kira duit yang bayar untuk register MLM ku dulu tu aku labur kat Amanah Saham tu, dah dapat jadi jutawan kampung dah aku.

Perumpamaannya sama cam korang cucuk ATM RM10k, then koyak atau bakar satu-satu duit tu.. Tengok dapat hasil tak? Free free jer kan.. Haissh. Pengasas skim gelak besar tengok kebodohan kita.. Syokla dorang dapat tajaan mencari ayam di Thai atau China sana tu. Murah sungguh hati kita kan. Dem!

Tapi menyesal tak sudah pun tak guna la beb.. Skim skim ni memang semua tak pakai punya. Skim cepat kaya tu sebenarnya bawa maksud skim cepat miskin, saja dorang guna bahasa sarkastik. Nak mudah sangat punya hal dapat mudah jugak akhirnya.. Mudah tertipu. Kaya? Mudah-mudahan.. huhu

Related Posts with Thumbnails
8 Comments
  1. cik dara says:

    adoh..dulu pernah gak dgr kisah gelang2 ni.. nasib baik abah jenis xmau bagi duit dan pk slalu pjg so kempunan jap nk pakai gelang tu..huhu
    baik jga kmpunan gelang dr mnyesal tak sudah nnti
    cik dara gosip gosip..Bahagi pun ada matiMy ComLuv Profile

    [Reply]

  2. hazman aka species1980 says:

    Yeah….. bila baca kes tue…. memang aniaya anak bangsa jee….. kalau nak join gak kena la tengok company yg betul…. bak kata bro joegrimjow…..
    hazman aka species1980 gosip gosip..The 8th Malaysia-International Fashion Week MIFW -NUFFNANG contestMy ComLuv Profile

    [Reply]

  3. princeduyong says:

    sangat-sangat tak suka….
    princeduyong gosip gosip..MAHU JADI KAYAMy ComLuv Profile

    [Reply]

  4. miss says:

    haha aku mmg tak gemar berbisnes2 ni.bukan dikalangan tu.

    agaknya lah.
    miss gosip gosip..Take Your Time -My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. Johari Hamzah says:

    wow ann.. pernah masuk ek/?? lazor ke?? ke apa benda? huhu…

    mesti bnyak janji-janji manis dan gula ditaburkan.. huhu.. :)

    [Reply]

  6. tehr says:

    skim cepat kaya tu memang betul, ann
    aku memang tahu memang betul dan memang menguntungkan

    Tauke Bos Besar Yang Cepat Untung Dan Jadi Kaya

    orang bawah? sampai 7 kaki dalam tanah!
    tehr gosip gosip..Seloka Banyak KerjaMy ComLuv Profile

    [Reply]

  7. msbmna says:

    “MLM – Keuntungan hasil daripada penderitaan orang lain.”
    msbmna gosip gosip..Fakta menarik tentang komputer ribaMy ComLuv Profile

    [Reply]

  8. Syafrizal says:

    tak dinafikan ada orang yang suka mengambil kesempatan dengan MLM
    saya pun join MLM tapi MLM Syariah
    tidak menipu, tidak mendesak dan tidak yang apa di atas…
    jadi bagi saya sebelum masuk apa2 pun..
    kaji la dulu
    pernah saya beritahu pada kawan saya
    janganlah dipandang wang ringgit
    jangan dipandang kereta besar
    tapi dipandang kehalalan perniagaan tersebut
    ke mana duit syarikat dilaburkan
    apa untungnya umat Islam dalam menceburi MLM tersebut
    sekiranya MLM tersebut menyumbang pada perkembangan agama Islam itu sendiri
    sudah bagus namanya
    kalau tidak.. mmg patut pun kena tipu
    leader2 semua bawak lari duit..
    kesian mereka yang senang kena tipu
    Allah Maha Mengetahui
    Syafrizal gosip gosip..Senaraikan isi-isi artikel anda – Bahagian 4My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site