Radio Bayu Astro Channel 869.. Memang Meletopp!

20 September, 2010 | ~ Ann ~ | 9 Comments

Fuhh.. Selangkah kehadapan. Tahniah kepada ASTRO yang memberi nafas baru kepada saluran radionya dengan memperkenalkan rentak lagu-lagu yang berasal dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu di Saluran 869.

Kini rakyat bumi Sabah yang tercinta boleh menikmati alunan bunyi-bunyi merdu  dendangan penyanyi kelahiran Sabah dimana juga mereka berada. Bagi yang menetap di Sabah, saluran ini menambah satu lagi pilihan untuk mendengarkan lagu-lagu tempatan kegemaran kita selain saluran radio RTM sedia ada. Bagi yang jauh merantau nun di tanah Semenanjung atau Bumi Kenyalang Sarawak,  semestinya ia dapat mengubat kerinduan pada orang dan kampung halaman tersayang.

Saluran ini dikatakan bertujuan  menampilkan muzik yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik campuran di Sabah, rumpun budaya yang kaya dengan seni yang unik dan indah. Antara intisari rancangan yang dijalankannya ialah:

12:00 am
Musik Bayu Tanpa Henti - Alunan lagu-lagu terbaik Sabah menemani anda sepanjang malam tanpa henti.

6:00 am
Bayu Pagi - Memainkan lagu-lagu rancak terbaik dari Sabah.

10:00 am
Rentak Bayu Anda - Pilihan lagu-lagu tempatan Sabah yang terbaik serta informasi terkini artis-artis Sabah.

3:00 pm
Bayu Petang - Ceriakan petang anda bersama seleksi lagu-lagu terbaik Sabah.

8:00 pm
Pilihan Bayu Malam - Memainkan dedikasi serta lagu artis-artis Sabah pilihan anda menerusi e-mel ([email protected]).

Walau bagaimanapun, disebabkan saluran tv radio ini masih baru lagi, masih terdapat banyak kekurangan yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Bagi pendengar setia sejak awal kewujudannya kurang dari sebulan yang lepas, berikut adalah beberapa cadangan yang kami unjurkan untuk menambahbaik mutu dan menarik lebih ramai pendengar saluran baru ini.

1. Diharapkan para deejay Radio Bayu dapat mencari lebih banyak koleksi lagu-lagu tempatan untuk  diputarkan. Setakat ini, lagu yang dimainkan setiap hari adalah lagu yang sama berulang-ulang. Sekiranya keadaan ini berterusan, kami sebagai para pendengar setia walaupun suka, akan akhirnya merasa bosan. Buat apa buka channel ni untuk dengar lagu yang sama jak kan?? Baik download dari internet jak kalau macam tu. :) . Adakalanya bunyi gong antara lagu yang terlalu lama juga amat “annoying”.


2. Pelbagaikan rancangan yang menarik setiap jam. Rasanya rancangan sedia ada cukup baik, tetapi sekiranya ditambah lagi contohnya close up dengan penyanyi jemputan, dedikasi lagu dari masa ke semasa, kuiz, cabutan pendengar bertuah, lawak jenaka tempatan, atau program santai lain yang melibatkan interaksi antara deejay dan pendengar mungkin lebih syok. Ia bukan saja merapatkan hubungan sesama kita, tapi juga mampu mewujudkan ‘sense of belonging’ dan kesetiaan kami terhadap saluran radio ini. Adakalanya bila kita jauh dari negeri tercinta, mendengar suara dan loghat Sabah kita sememangnya memberi satu kelainan dan kepuasan yang tidak terhingga.

3. Di masa hadapan, diharapkan saluran radio ini mampu menjadi satu lonjakan bagi mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru. Kita bangga menjadi rakyat Sabah yang dikurniakan dengan ramai penyanyi-penyanyi muda yang berbakat besar, buktinya lihat saja penyertaan orang kita dalam bintang RTM, Akademi fantasia, Mentor dan banyak lagi rancangan realiti lain . Namun begitu, hanya segelintir daripada  mereka yang mempunyai peluang cerah untuk  mengembangkan potensi mereka. Bukankah ini satu kerugian besar bagi kita?

Apapun, sekali lagi tahniah kepada pihak ASTRO yang prihatin dan selamat maju jaya dan terus maju ke hadapan kepada Radio Bayu kita. Kami sokong kamu!!

Radio Bayu boleh diikuti di Saluran Astro 869, dan Facebook di LINK ini. Jom sama-sama LIKE! Majulah industri muzik tempatan untuk Negara.  Aramaiiii Tiiiii! :)

Related Posts with Thumbnails
9 Comments
  1. Lupian Saluji says:

    Selamat pagi RADIO BAYU “KOSONANGAN OM KEUPUSANKU” Kalau dapat mainkan lagu-lagu nostalgia klasik Sinding di Latifah Gindog om ih MY Ismail, adoi! adoi! bagusnya, kalau masih ada tersimpan album dorang.K Osonong kosuabon

    [Reply]

  2. ewin says:

    ok bah kalau RADIO BAYU pagi_pagi suda melatop kerana ada c yuris,pasang lah lagu yang meletop_letop mega sumazau.kalau ada yang lagu baru pasang la boh?

    [Reply]

  3. son jin yen says:

    kampung maliau telupid sandakan sabah.peti surat 82,89300 telupid.

    [Reply]

    son jin yen Reply:

    @son jin yen,

    [Reply]

    son jin yen Reply:

    @son jin yen, slmt pgi yuris..ko blh psng kh 2 lagu jelita dan tanak kampung.

    [Reply]

  4. son jin yen says:

    yuriss.kasi melatop nie pagi arrr..?ko blh psng kh 2 lgu jelita dan tanak kmpung..hahha2x..?

    [Reply]

  5. son jin yen says:

    syok owh lagu sabah nie kan.hahah krim slm dgn c yuriss blg ahh..?

    [Reply]

  6. yaya ticha says:

    1st tem sya dengar ada chanel baru bayu sabah ni trus jatuh hati oooo………
    special dia dj2 i like kmurang suma..cakap sabahan.x kurang juga lagu2 dia suma ble tahan…
    ada request ni,dj yuris ko kasi main la ba sya lagu c lotter sama hain jasli..

    [Reply]

  7. vellchristine agustine says:

    evening all pendengar radio bayu,saya vellchristine dari tenom minat betul radio bayu bha…dj dy pn mnceriakn kopio.. tlg kopio dendangkn lgu kada oku inggorito sma wati dri john samud..ni lgu sy tujukn suma kluarga sy d knigau.. rndu uda blik kg ney..

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site