Anastasia Ann

I ♥♥ Blogging! This is My Ideal-Plastic World.

Tips tarik trafik guna SEO?? Kelemahanku.

Terlintas satu niat dihati (harap-harap jangan hangat-hangat taik ayam lagi!), ingin cuba mendalami ilmu blogging yang seringkali kulihat merata-rata time rajin blogwalk. INGIN CUBA ya kawan-kawan. Tadi aku blogwalk ke blog AizatShafiq yang kurasakan amat hebat sekali. Dia banyak berkongsi akan tips tips untuk menarik trafik guna kuasa SEO ni. Apa kata korang belek belek blog dia ni yer, serius aku kagum. Dan aku baca satu persatu setiap entri prestasi blog dia. GREAT!!

Dari pembacaan aku dengan menilai blog dia keseluruhannya, aku dapati ada beberapa kelemahan yang tidak memungkinkan aku untuk mencapai tahap hebat seperti dia itu dalam masa terdekat.

1. Cara penulisan.

-Aku suka menulis ikut suka hati aku, tak ada pengenalan, bahasa yang bercampur aduk, suka selitkan perasaan aku time tulis entri, suka tulis benda simple dengan meleret-leret. Adakala bila tulis satu entri, spontan jer termasuk semua yang tak berkaitan ataupun terpesong ke isi lain. Sedangkan asalnya niat nak tulis entri tajuk ni dengan isi ni, jadi lak tajuk ni, isinya itu ini. euwwwwww, Kalaulah aku cuba nak kejar trafik SEO tu, adakah orang nak datang belek-belek lagi entri aku yang lain?? Hurmm

2. Cara penulisan juga

-Aku sangat tak suka untuk menyelitkan link dalam entri baru dengan entri-entri lama aku. Sebabnya aku malas nak cari permanent link tu even dah ada kat sitemap. haha. Nak buat ayat untuk gabungkan entri-entri tu buat aku terfikir, mana eh nak letak link ni? Kat word entri ni ke, kena buat tajuk dia full ke, hah benda simple camnilah yang akhirnya aku buatkan dua entri walau related jadi tak berpaut antara satu sama lain dah. haipss!

3. Masih lagi cara penulisan.

-Haha.. Aku serius tak suka buat entri yang skema-skema. It makes me feel stuck. Ya, buat aku rasa sesak nafas, berhenti menaip, hilang semangat dan memalaskan diriku. Boleh imagine tak rasanya camne? Hah, lebih kurang cam buat assignment yang nak antar esok dah, atau report yang nak bentang esok jugak.. Tension tau, stress ai! Aku berblog personal ni salah satu sebabnya untuk melepaskan tension bukan nak jadi tension. hukhukhuk. Benda yang buat aku berfikir tu akan melembapkan otak dan tangan aku menaip.Tak suka tak suka tak suka!

4. Attitude dan semangat berblog aku.

- Aku ada banyak sifat buruk yang memalukan aku sebagai seorang wanita. hehe. Antaranya aku seorang yang mudah bosan, yoyo kata orang, dan malas dan mudah putus asa dan terlalu mengharap pada something dan banyak lagi. Hah, ada masa aku sangat rajin menaip contohnya hari ini.. Maka banyaklah update yang aku buat. Langsung tak konsisten kan? Apa punya bloggers lah aku ni?! Grrrrrrrrr

Apapun sebagai Kesimpulannya, selain belajar cara nak tarik trafik tu dengan betul, aku sepatutnya kena  sangat-sangat gak belajar cara penulisan yang baik kan.. urggggghhh banyaknya kerja. Aku juga patut kekalkan niat baik aku tu sentiasa, jangan malas, jangan mudah putus asa, dan teruskan usaha. Korang support la aku yer..

Tapi rasanya bagi blog ni, blog personal aku, aku tak begitu pentingkan trafik SEO yang datang sebab aku tau, ada antara korang yang sentiasa ada melawat aku setiap masa. Pada aku itulah pencapaian blog yang paling aku banggakan. Aku punya teman maya yang baik. Aku punya KAWAN yang sayang aku. Kawan yang buat aku ceria, kawan yang buat aku mahu berblog semula walau hilang semangat dan malas macam mana sekalipun. Yes, you guys are the reason I need to update everyday..

P/s: Aku sangat sayang korang tau.

Related Posts with Thumbnails

Post Metadata

Date
October 20th, 2010

Author
~ Ann ~

8 to “Tips tarik trafik guna SEO?? Kelemahanku.”


  1. tehr says:

    sama2 kita belajar, ann
    hujung tahun nanti ada exam paper seo
    hehehe
    tehr gosip gosip..Siapa Kita Pada Pandangan KitaMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    haha.. aaah tehr takpe otai, me newbie… auw tension la klu hujung tahun exam.. haha

    [Reply]

  2. Syafrizal says:

    Memang kalau sapa2 nak buat SEO ni perlu ayat-ayat yang skema la katakan sebab Google akan pandang pada ayat-ayat atau keyword yang orang selalu gunakan…
    Syafrizal gosip gosip..In-Page Analytics – Fungsi baru Google AnalyticsMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    susah nak skema ni kan, cam balik zaman skolah plak. buat karangan haha

    [Reply]

  3. hanisaleeya says:

    love u too dear.. dah sihat ke? kalau belum, get well soon ok.. jangan smpai anak sedara join sakit lak..
    hanisaleeya gosip gosip..BloggerMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    sihattttt. tp xcukup tdo jer :(

    [Reply]

  4. Johari Hamzah says:

    huhu.. sama la kte ann.. aq apa benda seo 2, meta ke semua ke.. xthu pape pown.. huhu..
    bab2 penulisan pown sama… tpi aq suka baca fida aishah punya.. :) pandai dia berbahasa..:)
    Johari Hamzah gosip gosip..The Malay Chronicles – BloodlinesMy ComLuv Profile

    [Reply]

  5. Mohd Isa says:

    hehe, biasalah tu. setiap manusia ada kelemahannya, cuma hendak taknak je kita lakukan. betul tak? anyway, good luck untuk baiki kelemahan di atas. :)
    Mohd Isa gosip gosip..Tips Mudah Meningkatkan Alexa RankingMy ComLuv Profile

    [Reply]



Leave a Reply

CommentLuv Enabled




Switch to our mobile site