Pada tembok itu.

“You’ve done a wonderful job girl, but too bad its too late to be noticed. You see, don’t get me wrong, but honestly. Although you are here, around me every single day, I cannot reach out to you. For the past three months, you’ve been very busy entertaining your own comfort area.  What is it in your world? You never make any effort to be with others. How can you expect people to come to you, when your heart never there for them? Still, you can go far if only you break that wall”

Mengimbas detik ayat itu dituturkan, menitis air mataku, terguris hati kecilku. Itu kata supervisor internship aku dulu. Pedas dan pedih bukan? Sempat luluh sentap aku seketika. Pun begitu, ada benar pada kata itu. Terlalu Sinis kedengaran bunyinya, tapi tersangat jujur niat dan maksudnya. Terima kasih sayang.

Aku jenis manusia yang terlalu biasa. Tiada apa yang boleh kubanggakan secara peribadi. Kalau diberi scale antara 1 hingga 10, agaknya aku akan dapat markah yang jauh lebih rendah dari minimum. haha. serius. Sebab kadang aku pelik. Aku memang rasa diri aku pelik. Dalam satu jasad yang sama, pelbagai rupa aku tonjolkan. Disini, disana, disitu, dengan dia, dengan kamu, dengan mereka, semuanya berbeza.

Pada mereka yang tak kenal aku, hati aku yang aku sayangi dan bahagia, aku boleh dikatakan tersangatlah sombong, diam, dan serius. Pada mereka yang kenal begitu sahaja pun begitulah fitrahnya. Serius, itulah aku dimata mereka. Itulah aku pada luar aku.

Ya, aku akui. Senang aku hanya pada orang tertentu. Tunjuk aku lebih terbuka pada orang orang itu. Mungkin disini aku peramah, pada satu dunia yang tak kenal aku, yang hanya membaca aku, yang mungkin cuba fahami aku, tapi sebenarnya aku lain. Sangat lain. Makanya aku da katakan sejujurnya disini, jikalau suatu hari nanti anda temui aku, sila percaya yang aku sememangnya lain dari expectation anda itu.

Antara kita masih ada dinding, yang memisahkan aku dan dunia anda. Itu tembok aku. Bukan kubina, tapi azalinya terbina secara halus tanpa aku sedari. Itu memang lemah aku, dari dulu sampai ntah bila, aku pun tak pasti. Hanya beberapa orang, boleh dikira dengan jari yang dapat menembusi tembok itu, lalu sama membina dinding, yang adakalanya terhad sesama kami sahaja.

Dalam family aku yang seramai 8 orang itu, hanya 4 dekat dihati. Zaman sekolah menengah aku, aku ada satu geng, 6 orang. Zaman Matrik aku, aku ada 4 kawan. Zaman Uni aku, aku ada 2 kawan baik dan 4 rumate yang aku sayangi.  Mereka itulah dunia aku. Hanya mereka sahaja.

Yang lain hanya manusia lalu lalang, tak pernah kenal akan aku. Cuma tahu menilai, menghakim dan menghukumi. Pada asas inilah, aku selalu tertanya. Untuk apa aku berkawan ramai, kalau yang ramai itu tak kenal aku. Kalau hati masih terasa kosong. Untuk apa kawan ku ramai, kalau tak pernah ada untuk aku? Sekadar bertegur hi hi senyum senyum. Time susah cari aku, time senang lupa aku?? Tak masuk akal langsung, tapi itu memang banyak terjadi kan. Itukah namanya kawan??

Soo baik aku simpan sayang aku untuk insan insan terpilih. Biarkanlah aku dengan dinding itu. Jemputlah cuba, masuk bersama. Benarkan kamu jadi manusia terpilih. Pada mau sekeping hati, masih ingin kuatkan lemah, masih ingin betulkan salah, masih mencari jalan yang lurus untuk luaskan tembok itu. Ingin dipecah, hati masih enggan.  Kerana disitu aku hidup, disitu aku bahagia, disitu aku bebas, pada tembok itu aku gah menjadi aku.

Then What is it with my world? Well, ntahlah. Its my comfort area kot. Aku masih mencari erti, makna sebuah sketsa kehidupan itu. Aku juga masih lagi terumbang ambing meniti hari yang berlalu tiada kesudahan ini. Harapnya bertemulah aku sebelum tamatnya.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Comments to “Pada tembok itu.”

  1. [...] terbang tinggi, bersama angan juga mimpiku. Bersama rasa yang hakiki. Bersama kamu yang disisi. Pada tembok itu, tak mahu lagi bersendiri, tak mahu lagi dipinggir pergi, tak mahu lagi dipandang sepi. Kenali aku, [...]

  2. nana says:

    ann…knp ms baca entry ni tibe2 kak nana mcm rse sumthing je…hehe…btw biarkanlah tembok itu berdiri teguh…mungkin hanya ombak yg kuat mampu merobohkannye =)

    cewahhhh bermadah bagai lak…kekeke

  3. kakakkau says:

    kadang kite perlu utk keluar dari zOn selamat.. well it’s worth than we expect to have held

  4. Amir izzat says:

    hurm..tembok kita memamng luas ann..tembok yg memisahkan kita hanya komputer..tetapi ia benar2 jauh..kau jauh nun disana tapi aku disini..haha..eh! apa yg aku merepek nie?? hehe

    kawan? penting tapi kdg2 kosong..cinta? xpenting tapi perlu…

  5. hanisaleeya says:

    Dah ada bunyi macam entri dear Fida la darling.. haha..

    • ~ Ann ~ says:

      erkkk apekah?? cess aku cakap yg betul ni.. serius ni. tetiba aku teringat time timeout utk balance ledger ni. adoiyay nombor sesat mari mana plak ni..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Cell Phone Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Internet Bank and Conveyancing