Aku bangun menentang arus.

Hari ini, untuk pertama kalinya, aku balik dengan senyuman. Terasa seakan beban sudahpun hilang. Aku bebas. Aku lepas. Senyum hatiku tersenyum, senyum mulutku tersenyum. Terasa aku jadi orang baru. Terasa aku jadi orang lain. Lengkap. Pertama kali kutunjuk diri sebenarku, terkejut mereka lihat aku, terkejut mereka kenal aku, terkejut mereka terima aku.

Aku, Ann yang manja, yang nakal, yang lemah, yang tiada sempurna diri, sesungguhnya begini rasa lebih disayang, mudahnya kasih rapat didampingi. Ann yang tabah itu biarkan tiada, Ann yang serius itu tenggelam. Ann yang diam itu bersuara.  Ann yang itu lupakan seketika. Seharian aku bercanda tawa, bergelak ria bingitnya suka. Bahagia tenang disambut mesra. Seharusnya aku lebih begini. Seharusnya aku berhenti menolak. Seharusnya aku buka pintu itu. Seharusnya aku terima cinta.

Aku mahu terbang tinggi, bersama angan juga mimpiku. Bersama rasa yang hakiki. Bersama kamu yang disisi. Pada tembok itu, tak mahu lagi bersendiri, tak mahu lagi dipinggir pergi, tak mahu lagi dipandang sepi. Kenali aku, sayangi aku, cintai aku, rindui aku. Pegang aku kala ku lemah, sambut aku kala ku jatuh, lambung aku saat teruja, hidup pun mati kita bersama.

Mungkin masanya sudah pun tiba, tersentak diri, tersedar pasti. Saat mati tak tunggu siapa. Mungkin sekarang, mungkin hari ni, mungkin esok ataupun lusa. Siapa tahu takdirnya Tuhan, mungkin ini peluangnya cuma. Izinkan aku sebelum terlewat, benarkan aku melangkah jauh. Mengorak langkah, melawan arus, mengapai angan, mencari sinar,  selagi nafasku tidak terhenti.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Comment to “Aku bangun menentang arus.”

  1. Kie-yu says:

    haaa :D
    mcm tu lah senyum
    baru betul semut comey!
    Kie-yu gosip gosip..Entri Balas – 5 Kesilapan Semasa Aktiviti BlogwalkingMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Cell Phone Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Internet Bank and Conveyancing