Syukur..

hari ini, buang tabiat sikit.. Selalunya hari sabtu, aku keja dihantar dijemput bak tuan puteri. Hujan setitik, sejam sebelum balik aku da mula bising merengek nak minta ambik. Alasan, aku malas jalan kaki.. Kadang sedih juga aku, tak nak menyusahkan, tapi nak jalan ke bus stop tu jauh sangat tak larat den. nak drive sendiri pun tak reti. Aku cepat panik, asyik fail je test tu. Entah berapa kalilah nak bayar kereta eksiden. Huhuhu

Since aku da mula matang,hahaha. Hari ni aku decide nak naik bus dengan sukarela. Tercengang orang tu aku cakap nak naik bus. Since you know well, aku ada sewel sket, memanglah camni. Haha. Aku baru tau lately yang Sabah ni jugak ada provide bus cam servis Rapid KL tu, dengan nama yang berbeza – City Bus. Bas baru, aircond pun kuat, seat dia pun selesa sangat cam bas express tu. Jalan on time, pemanduan yang selamat. Dibandingkan dengan servis bas awam sedia ada ni, memangla nampak beza. Yang paling penting, tambang murah sioooot!  Dari KK ke rumah aku, selalunya naik bas biasa is RM2.50, dengan City Bus hanya RM1. Berbaloi baloiiiii! haha.

Ok bukan tu aku nak cerita. Lama tak naik bas, macam macam manusia aku jumpa. Hurmm, pagi tadi aku duduk dekat pintu. Time aku naik bus tu, masih tak ramai orang. So aku ingat duduk sembarangan jer, nanti baru move. Macam biasalah aku kalau berjalan, webmobile jadi teman aku. Leka aku main sendirian. Tak sampai 10minit aku rasa tak sedap duduk sana, angkat kepala nak jalan, tau tau semua seat da penuh. Alahaii.. so stuck la aku disana. Ada satu makcik ni da tua sangat, dalam umor 65tahun duduk sebelah aku. Mata aku melilau pandang dia. Kejap dia duduk, kejap dia berdiri. Aku ada debar da ni. Takut kot kot dia tak berapa nak betul, sudahla aku habislah aku menyesal duduk sebelah tu. Haha

Dalam sepuluh minit gitu, dia pun mula diam. Cehhh upanya dia duk tunggu orang. Otak aku jer sibuk menerawang jauh. Haha. Tapi dalam aku perhatikan dia, ada kesian dalam hati. Makcik tu nampak da tua sangat, badan kurus, kulit pun berkedut kedut. Aku bukan diskriminasi, tapi kulit dia yang gelap tu, dia nampak bukan cam orang tempatan. Penampilan dia yang agak tak terjaga, dengan celah kuku yang hitam hitam nampak kotor tu, tertanya-tanya aku, susah sangat ke hidup dia?Kenapa dia jalan sorang? Kenapa dia naik bus?  Mana anak-anak makcik ni?

Lama aku pandang, tiba-tiba dia tengok aku. Aku senyum. Dia senyum. Aku tanya dia nak turun mana? Dia cakap something, aku tak faham.. so aku buat-buat faham. Angguk-angguk, buat bunyi ooooo. Sedangkan aku sebutir pun tak tau apa. Hahaha. Tiba-tiba aku terfikir lagi. Selalu aku fikir, susahnya hidup aku. Yang aku tak sedar, dalam susah susah aku, ada orang yang lagi susah dari aku. Dia yang da tua, dah lama makan garam, masih susah begitu sampai ke umor yang da lanjut, kenapa aku yang baru setahun jagung ni berani berani nak complain akan kesusahan diri?? Terimagine aku, macamana la kehidupan makcik ni sepanjang hayat dia ada dimuka bumi ini. Strange, she seem sooo strong.

Terasa jugak aku. Aku antara manusia yang bertuah didunia ini, susah tapi masih tak sesusah orang lain, cukup sifat, sihat walafiat, tapi selalu lupa, selalu merungut, selalu tergugat. Seolah satu tamparan, Aku patut lebih kenal akan makna sebenar Syukur itu. Hinanya aku, kerdilnya aku disisi makcik itu. Belajar tinggi sampai Uni pun tak guna, bila otak hanya belajar untuk dapat sekeping kertas itu.

Kesian fikir aku tentang dia, kesian lagi sebenarnya aku bagi diriku sendiri. Betapa aku sangat perlu muhasabah diri, betapa aku sangat perlu berubah.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Comments to “Syukur..”

  1. tehr says:

    terbaik ann
    …buat saya sedar siapa diri sendiri

    dah bertahun-tahun saya tak naik bas… hehehehe
    tehr gosip gosip..Musim Ulat Tiket MembiakMy ComLuv Profile

  2. A-Y-I-E says:

    xkn nak suruh abg ayie amik kan??? :D
    A-Y-I-E gosip gosip..Enjin carian yang cantik dihati penggunaMy ComLuv Profile

  3. Kie-yu says:

    kie-yu rajin tak rajin kena gak naik bus
    takdok sapa mau layankan beranta beramik sbb rumah jauh
    huhuhu :D

    btw, gud job ann~
    selamat menggunakan public transport dgn gembira..
    Kie-yu gosip gosip..Blog Pilihan Hari IniMy ComLuv Profile

  4. hanisaleeya says:

    kadangkala kita terlalu fikirkan kesusahan kita tanpa melihat kiri kanan..

    ah, dalam masa kurang dua jam lagi, adikk..

    esok adikk jadi kakak, kakak jadi adikk. boleh?

    hahaha…

    alaa.. sehari je.. boleh kan??? ann kan cemutcomey……
    hanisaleeya gosip gosip..Di Sebalik Tarikh – 21 Ogos Hari Al-QudsMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Cell Phone Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Internet Bank and Conveyancing